Friday, December 25, 2009

semalam di kota dosa


tadi lepas kerja pegi jalan2 dengan hana. nak balik tue singgah tengok sambutan christmas eve di bukit bintang. masyaAllah. ramai giler orang. 40% cina, 20% melayu, 30% arab, 10% polis. seronok. tp sedikit jelik. apa pun, Selamat Hari Natal!
malam ini kuala lumpur jadi kota sampah.

Saturday, December 19, 2009

Satu Muharam Detik Permulaan

ok mari kita berbincang tentang ma'al hijrah. atau awal muharam. atau new year tahun Islam. hehe.
so ade lah 5-6 orang yang sibuk2 tanye aku dah doa awal dan akhir tahun ke belom malam kelmarin(khamis). so aku macam malas nk jawab, buat bodoh jer laa.
tetibe tadi aku mcm terpikir, apsal awal tahun nk kene doa2 plak? doa khusus awal tahun? wajib? sunat?
sebab ape, aku mcm terpikir kalau doa awal tahun tue ibadah wajib, atau sunat, atau wutever mesti dtg dr Allah atau Nabi kan. tp masalahnye skang kalau pikir secara logiknya, tahun Islam nie muncul lepas Nabi. di buat masa zaman Umar. apa logiknya ibadah sunat(doa awal tahun) muncul selepas zaman nabi? siapa yang sunatkan? pelik x?
cuma menyatakan pandangan naif sahaja..

Thursday, December 17, 2009

Joget Abang-Abang

video

keje laghoo yang bergaji...

Sunday, December 13, 2009

Dari Hati Ke Jari-Jemari

pergh lame siot xmenulis. kekok jari menaip. ok lah kita try tgk die punya pegi mcm mana.

so aku nak tulis pasal "sedangkan Nabi ampunkan umat" sebenarnya tapi aku mcm dah hilang plak skill mengolah cerita. babi betol. hahaha.
xpe2. abaikan dulu. kita tulis2 untuk hilangkan sawang di laman sesawang nie dulu lah k. so result uitm dah kluar. rindu plak masa tunggu2 result dulu. dah keje nie, xde dah perasaan tue skang. hahaha.
bila lah aku nak gaji nie. aku dah lame gile siot xmembaca. untung2 gaji masuk ujung bulan nie, boleh lah melawat ke jalan tar ker masjid india ker carik 2-3 buku. Allahhu Rabbi, mintak2 lah cepat sikit dapat duit beli kitab hadis besar tue. hehehe.
aku rasa tue jer lah. kang jadik diary plak blog nie. laen cerita dia tue. tunggulah semua ya, sehingga aku dapat bahan bacaan balik. boleh lah aktif menulis. xde sumber lah skang nk menulis. huhu.
jangan lupa weh kes DR Asri belom abes!

Sunday, December 06, 2009

I Feel Silly When I Speak English!


filem My Spy sgt hambar yer tuan2 dan puan2. jgn tertipu dgn helah2 mereka yang over promote filem tue. bukan niat aku nk sabotaj filem melayu cuma kritikan jujur. semoga makin mematangkan tuan2 direktor kt malaysia nie. jalan cerita yang membosankan, teknik2 cgi yang 'lame' giler, dan totally crap.
tapi.. hannah tan(aku mmg sumpah xtau hannah tan berlakon citer tue memula) sgt cantek, menarek, tertarik, kau mmg da bomb! mamat khalid walaupon kejap jer watak die muncul tp sgt membantu menghidupkan cerita tue jgk laa. brader harun salim bach pn lawak masih boleh pegi lagi, adlin aman ramli macam biasa, lawak mcm cilake. klaka habes laa jugak time die. so.. tu je laa.
kesimpulannya, tunggu raya jer laa tengok my spy kt tv. lagi berbaloi-baloi.
boring...


Tuesday, December 01, 2009

World AIDS Day hari ini.


hari ini, hari kita semua sepatutnya dengan riben MERAH!
sori lambat, keje siang.

Thursday, November 26, 2009

My Opening


Thank You For Calling TM. Zul Speaking. How Can I Assist You?

Terima Kasih Kerana Menghubungi TM. Zul Bercakap. Apa Yang Boleh Saya Bantu?
masih dengan skil lembut.