Wednesday, January 28, 2009

pandangan naif ttg zakat

Kalau benarlah zakat itu dikatakan sebagai jalan menyucikan harta, dapatkah zakat menyucikan harta rompakan, wang rasuah, atau wang haram?
Contoh, kita ‘mengular’ masa kerja, cukup bulan gaji kita dengan pekerja yang tidak ‘mengular’ sama. Bukankah haram gaji yang kita dapat dari ‘mengular itu? Apalah bezanya dengan wang haram hasil rompkan, atau rasuah, atau judi? Seperti samanya air sirap yang dicuri dengan air arak yang dibeli.
Jadi jika orang yang ‘mengular’ semasa kerja itu boleh zakat untuk menyucikan hartanya, boleh jugalah orang yang menerima rasuah zakat atas wang rasuahnya. Kan?

No comments: