Saturday, February 21, 2009

fikiran nakal tentang tuhan

Sifat Allah itu ada 20 secara amnya. Namanya ada 99. Sifat² dan nama² Allah itu unik. Semua orang tahu itu. Apa itu unik? Unik itu ialah bila dia sahaja yang ada. Tiada pada yang laen nya. Dia sahaja.
Jadi, sifat Allah itu wujud, atau ada. Kalau sifat itu unik, maknanya Allah sahaja yang wujud tiada yang lain selain Nya yang wujud sekarang. Cuma Dia, Dia sahaja. Dia sahaja yang ada sekarang ini. Kita? Bagaimana dengan kewujudan atau eksistansi kita?


Adakah kita hendak katakan sifat Allah semuanya unik, kecuali sifat wujud ini? Sebab realitinya kita memang wujud. Atau adakah sifat wujud itu memang benar unik cumanya kita belum sedar yang hakikatnya kita ini sebenarnya tidak wujud!

No comments: