Thursday, March 19, 2009

Holy Quran And 19!

Quran itu mukjizat yang kekal sehingga hari kiamat. Apa yang mukjizatnya? Nampak seperti buku biasa saja. Cumanya ianya dimiliki lebih separuh populasi dunia. Adakah kerana ramai yang tahu tentang Quran jadinya ianya adalah mukjizat? Kamus oxford juga dikenali ramai orang. Mukjizatkah kamus itu? Tidak! Apakah mukjizat quran? Quran itu katanya tidak berubah sejak dari mula turunnya, hingga selesai siap satu buku, sehingga sekarang. Satu ayat pun tidak berubah katanya. Apa buktinya?

Nah. Baca. Fikirkan. Dan sebarkan.

Secara kronologinya, penurunan Quran dimulakan dengan bab yang ke 96 ayat yang pertama hingga ke ayat kelima:

  1. Read! In the name of thy Lord and Cherisher, who created;
  2. Created man out of (mere) clot of congealed blood.
  3. Read! And thy Lord is Most Bountiful.
  4. He who taught the pen.
  5. Taught man that which he knew not.

Itulah yang pertama sekali wahyu dibawa Jibril kepada Muhammad(pbuh).

Kemudian turun pula wahyu kedua, bab yang ke 68 di dalam Quran, 4 ayat pertama:

  1. NUN by the pen and by the record which men write.
  2. Thou are not by the grace of thy Lord mad or possessed.
  3. Nay, verily for thee is a reward unfailing;
  4. And most certainly thou stand on an exalted standard of character.

Ingat kembali, wahyu pertama 5 ayat. Kali ini 4 ayat. Cukup pendek wahyu yang dibawa Jibril kepada nabi.

Menyusul selepasnya, wahyu ketiga, bab ke 73 di dalam Quran, ayat 1 hingga 5;

  1. O thou folded in garments,
  2. Stand to pray by night, but not all night;
  3. Half of it, or a little less;
  4. Or a little more; and recite the book in slow, measured rhythmic tones.
  5. Soon shall we send down to thee a weighty message

Inilah wahyu ketiga, perhatikan ayat kelima, yang aku boldkan, klu nya telah diberikan oleh Allah. Klu kepada apa? Inilah klu untuk kita merungkai kod di dalam wahyu selepas ini.

Turun untuk kali keempat ini, Jibril membawa 30 ayat dari bab yang ke 74 di dalam Quran. Kenapa 30 ayat? Kenapa tidak disambung terus baki 26 ayat lagi? Alang² biar terus lengkap bab yang ke 74. tetapi kenapa berhenti di ayat yang ke 30?

Over It Are 19!

(Holy Quran Chapter 74 ; Verse 30)

Jibril selepas berhenti di ayat yang ke 30 itu, terus menyambung kembali baki 14 ayat untuk bab ke 96(wahyu pertama).

Adakah secara kebetulan, selepas diberitahu ayat ke 30 bab ke 74 itu, Allah melengkapkan bab ke 96 dengan menambah 14 ayat lagi menjadikan jumlah ayat untuk bab 96 adalah 19! Kebetulan? Dan sila buka Quran dan perhatikan ayat 1-5 bab 96 iaitu wahyu pertama tadi, terdapat 19 perkataan. Kebetulan lagikah? Dan untuk 19 perkataan itu, terdapat 76 huruf iaitu bersamaan dengan 14 x 19. Adakah kebetulan lagi? Jangan tutup lagi Quran korang, bab 96 adalah surah ke 19 dari belakang. Tak percaya kira sendiri. Kebetulan adalah jawapan paling rasional boleh diterima oleh pemikiran kita. Kan?

Al Quran itu terdapat 114 bab. Kenapa Allah tidak menjadikannya 115? Atau mungkin 113? Kenapa mesti 114? Adakah kerana 114 adalah bersamaan dengan 19 x 6???

Setiap bab Quran dimulai dengan basmalah atau ‘Bismillahhirrahmannirraheem’.

Dan didalam basmalah itu sendiri, terdapat 19 huruf! Dan terdapat 114 basmalah di dalam Quran bersamaan dengan 19 x 6!!!

Basmalah itu terdiri dari 4 perkataan iaitu ‘ismi’, ‘Allah’, ‘Rahman’, ‘Raheem’. Di dalam Quran, 19 kali disebut perkataan ismi, 2698 kali disebut perkataan Allah bersamaan dengan 19 x 142, 57 kali disebut perkataan Rahman bersamaan dengan 19 x 3, dan 114 kali disebut perkataan Raheem bersamaan dengan 19 x 6. Kebetulan?

byk lg tp aku dah malas nak taip..
nanti ader member² korang org bukan Islam korang citer laa psl bende nie..
=)
p/s: tafsiran di ambil dari The Holy Quran Text And Translation by Abdullah Yusuf Ali


2 comments:

itabudakbaek said...

bile ko nak bagi aku pinjam buku ni weh?

Robert said...

biler kau nk?
kau mcm maen² jea..