Saturday, January 09, 2010

Allah, bakar gereja, dan kematangan tamadun melayu.


sebelum apa-apa, aku tegaskan dulu ini adalah pandangan peribadi sahaja. =)

lambat jugak aku update post nie. sori lah ye. laptop xde. adek aku guna bawak balik uitm. xde keinginan lansung aku nk menulis belog kat cc. haha. ok lah jangan banyak lagha, kita start diskusi.

isu penggunaan kalimah Allah. KECOH satu malaya! rata2 dari kita terbahagi kepada 3 pandangan. yang menentang, yang menyokong, dan yang xtau ape cerita yang jadik. haha. siot lah tue pasal nama tuhan sendiri boleh xamek port. xpe2.

so yang menentang seperti biasa datang dengan berbagai-bagai alasan dan pegangan. kononnya nama 'Allah' itu hanya milik umat Islam sahaja. aku rasa pemikiran macam nie mmg kesian. jenis xbyk membaca. jenis otak dungu. sori tp itu fact. sebab tidak ada nas Quran atau Sunnah yang melarang secara specifik. aku tetap dengan Q&S.

sebab, nama Allah dah digunakan agama laen lama dulu dah. sebelum kedatangan nabi kita Muhammad lagi. pikir macam nie lah, korang percaya kan Islam muncul selepas kedatangan nabi agung kita Muhammad? so korang terpikir x kalau sebelum nabi tue semua orang belom Islam lagi, macam mana nama bapak nabi 'Abdullah'?? hamba Allah!
ok maybe korang boleh cakap yang bapak nabi tyme tue ikot ajaran tauhid yang di ajar nabi2 sebelum. ok lah fine. maybe aku silap analisis sket. walaupon aku teruja untuk cakap datok nabi adalah orang kuat bani Quraish. bani Quraish semua orang tau sesat barat habes sebelum kedatangan nabi. tapi rilek bro, gua xmaw balah pasal tue. ilmu gua kurang bab tu.

tp fikir lah secara logiknya, kafir2 di mekah lama dulu dah panggil tuhan dengan nama Allah. even ada dalam hadis, kafir Quraish menggunakan bismillah atau bismikaLahuma sebagai permulaan surat or deal. sebab tu syahadat kita dimulakan dengan 'La'. tidak! dimulakan dengan tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. dari situ kita dah nampak, orang kafir percaya Allah itu tuhan. diorang boleh terima kalau kita kata Allah itu tuhan. tapi diorang kafir sebab diorang percaya Allah bukan satu-satunya tuhan. syahadat kita bukan 'Allah itu tuhan, dan Muhammad itu rasulullah'. bukan macam tue.

ini semua dipening-peningkan penggunaan kalimah Allah nie sebab otak jenis xberapa nak dapat signal. Allah itu tuhan. tuhan itu Allah. begitu juga Jesus itu Isa. Ezekiel itu Zulkifli. John itu Yahya. tolong straight kan pemikiran tue! JANGAN TEROS NAK PEGI BAKAR GEREJA JER BODOH!!! nabi masa perang pn xbagi kita hancurkan tempat ibadat agama laen. kau pegi bakar gereja tue ikot agama mana? bahlol! memalukan Islam! aku emosi betol!

dulu Ahmed Deedat pernah cakap, dalam mengajar Islam kepada bukan Islam, kita jangan cari perbezaan agama kita dengan diorang. kita cari persamaan dulu. Allah Untuk Semua!
ini cuma pandangan seorang remaja bodoh...

4 comments:

nadya omar said...

ouch, ko tau x, aku rasa hal ni cuma mainan politik, saja nk kecoh2kn hal ni, dh tau hak keistimewaan kaum melayu & agama islam mmg dh xleh nk ptikai, ,, pendek kata, tettttt.. ermm, *xdpt disiarkn d sini..*

Robert said...

hurm ntah la. tapi personally, aku benci bila semua isu yang timbul kt malaysia nie orang kaitkan dengan politik. apa penting sangatkah politik?

bonekagedix said...

sumpah i salute u bab debate2 mnde cani :)

perewa said...

woit masih lagi melingkar dengan isu semasa....hoho....nil datang umah aku minggu ni, sabtu 6 feb buat persembahan kat dataran shah alam...